INFO E-KAUNSELING

Selamat datang ke laman e-kaunseling Jannatulhuda Konsultan. Kami menyediakan pelbagai khidmat kaunseling untuk membantu anda.
Kami mempunyai kepakaran dalam jurusan Kaunseling dan Psikologi. Pelanggan/klien boleh membuat janji temu dan memilih medium yang selesa untuk melakukan sesi kaunseling. Selain Itu, kami juga menawarkan perkhidmatan seperti pakar motivator dan fasilitator untuk program pembangunan sahsiah diri. Sebarang masalah boleh hubungi kami di talian yang disediakan.

Tuesday 24 April 2012

PETUA MENGURANGKAN STRES DI TEMPAT KERJA

DEFINISI STRES
Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak setanding dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA

Jenis kerja 
- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa
Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri
Hubungan rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual
Persekitaran yang tidak selesa
- bising, panas dan sempit
Pengurusan dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja.
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap.
  kenderaan, kurang penghargaan dan tiada insentif.
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan
  sukar untuk naik pangkat.
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi.
Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga
- waktu kerja yang tidak fleksibel.

KESAN STRES
Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada
tingkahlaku yang negatif.
Ia boleh menyebabkan
- sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual
- gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
- tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dada.
Kesan jangka panjang
- hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic.
- kemurungan.


CARA-CARA MENGURANGKAN STRES
1) Mengubahsuai punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah.
- perancangan kerja dengan baik.
- pengurusan masa yang bijak.
- berkomunikasi secara lebih berkesan.
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan
  masa yang tidak fleksibel.
2) Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan.
- mengetahui kemampuan sendiri.
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri.
- membuat kerja secara muafakat.
3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang).
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan
   relaksasi otot secara progresif).
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu).
- berfikir secara positif.
- mampu (menerima kritikan dengan baik).

No comments:

Post a Comment