INFO E-KAUNSELING

Selamat datang ke laman e-kaunseling Jannatulhuda Konsultan. Kami menyediakan pelbagai khidmat kaunseling untuk membantu anda.
Kami mempunyai kepakaran dalam jurusan Kaunseling dan Psikologi. Pelanggan/klien boleh membuat janji temu dan memilih medium yang selesa untuk melakukan sesi kaunseling. Selain Itu, kami juga menawarkan perkhidmatan seperti pakar motivator dan fasilitator untuk program pembangunan sahsiah diri. Sebarang masalah boleh hubungi kami di talian yang disediakan.

Thursday 19 April 2012

Piagam pelanggan

Piagam
1. Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Kaunselor
9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

No comments:

Post a Comment